Friday, October 7, 2022

Tiada kompromi, Pesuruhjaya Polis Sarawak arah penguatkuasaan penuh terhadap pesalahan lalu lintas pada musim Gawai

Secara Rawak

SIBU: Sebanyak 60 lokasi panas akan menjadi tumpuan pasukan penguatkuasa Op Selamat sempena perayaan Gawai Dayak pada tahun ini, dengan 39 daripadanya terletak di jalan persekutuan dan 21 lokasi lagi di jalan.

Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak yang baharu Datuk Mazlan Mansor berkata, sehubungan itu, telah mengarahkan pasukan penguatkuasa melaksanakan pendekatan secara penguatkuasaan penuh jika terdapat kalangan pemandu ini melakukan pelanggaran undang-undang.

“Tindakan undang-undang serta-merta perlu diambil terutamanya kepada pengguna jalan raya yang degil bagi mengelakkan statistik kemalangan jalan raya, termasuk kemalangan maut terus meningkat.

Semua pihak tambahnya, perlu berusaha mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di negeri ini yang telah menunjukkan trend meningkat.

“Negara kehilangan potensi ekonomi yang besar oleh kematian belia-belia aktif disebabkan musibah ini,” katanya sewaktu merasmikan pelancaran Op Selamat Perayaan Hari Gawai Dayak 2016 Pasar Sentral Sibu pagi tadi.

Operasi yang bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ itu akan berlangsung selama dua minggu.

Operasi tersebut melibatkan seramai 750 pegawai dan anggota yang akan bertugas memantau aktiviti pecah rumah ke atas rumah-rumah yang ditinggalkan oleh penghuni yang balik kampung.

Mazlan berkata, sepanjang tempoh empat bulan pertama tahun ini, Sarawak mencatatkan 6,452 kes kemalangan jalan raya berbanding 5,977 kes bagi tempoh sama tahun lalu, dengan peningkatan ketara sebanyak 475 kes atau 7.95 peratus.

“Indeks kemalangan jalan raya semasa Op Selamat sempena perayaan Gawai pula menyaksikan peningkatan sebanyak 63 kes atau 10.8 peratus dengan 582 kes dan 15 kematian dicatatkan pada 2014 berbanding 645 kes direkodkan dan 17 maut pada tahun tahun lepas.

Mazlan menjelaskan, pemandu dan penumpang kereta menjadi penyumbang tertinggi kemalangan yang melibatkan kematian pada tahun lepas dengan mencatatkan 11 kes berbanding lapan kes pada tahun sebelumnya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru