Friday, September 30, 2022

Petronas nafi berbincang dengan Rusia berhubung ambil alih aset dan kepentingan

Secara Rawak

KUCHING: Petronas hari ini menafikan laporan media Rusia sebelum ini bahawa syarikat tersebut kini dalam perbincangan dengan pihak Rusia untuk melupuskan aset dan kepentingan tertentu mereka.

Dalam satu kenyataannya kepada media, Petronas menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah, termasuk pada masa sekarang, mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak di Rusia untuk tujuan yang dinyatakan di atas.

Ia sebagai penjelasan syarikat itu berhubung kenyataan Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak di Sidang Kemuncak Rusia-Asean baru-baru ini bahawa syarikat minyak dan gas negara tersebut, Zarubezhneft sedang berunding untuk memasuki projek di Malaysia dan menerokai kemungkinan untuk mengambil alih aset Petronas.

“Zarubezhneft menunjukkan minat dalam mengkaji aset-aset Petronas. Pihak-pihak yang berkaitan sedang mengadakan rundingan mengenainya, “kata Novak, seperti yang dikutip agensi berita Tass pada 20 Mei.

Zarubezhneft memiliki pengalaman yang luas dalam meningkatkan keberkesanan di lapangan sedia ada, dan dapat menawarkan perkhidmatan dan penyertaan, “tambah Novak.

Pendedahan Novak telah menimbulkan kebimbangan terutamanya di wilayah Sarawak kerana dikhuatiri kehadiran mereka akan memberikan kesan dari segi kepentingan ekonomi dan kedaulatan negara.

Sehingga kini, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem belum mengeluarkan sebarang kenyataan umum berhubung perkara ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru