Friday, August 19, 2022

Kertas siasatan Lim Guan Eng dikemukakan kepada peguam Negara

Secara Rawak

PUTRAJAYA,: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan kertas siasatan dikemukakan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata ia terpulang kepada Mohamed Apandi membuat keputusan ke atas kertas siasatan yang dikemukakan kepadanya.

“Sekiranya Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.

“Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil,” kata kenyataan itu.

Menurut SPRM, perkara berkenaan adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.

Pada 6 Mei lepas, Lim dan isteri Betty Chew diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.

Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat bahawa harga itu di bawah nilai pasaran.

Juga didakwa bahawa pembelian banglo itu ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).-Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru