Monday, August 8, 2022

Van Gaal ucap selamat tinggal kepada Manchaster United

Secara Rawak

Manchester United mengesahkan pemecatan Louis van Gaal pada malam tadi selepas seharian bermesyuarat untuk bersetuju dengan pakej pampasan £5.4 juta.

0b597d2f-0e23-477a-b35a-fd801fdcff44Berang dengan tindakan Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward yang menamakan Jose Mourinho sebagai penggantinya sebelum perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu, Van Gaal telah menggunakan pasukan yang sama yang membantu David Moyes dalam menyelesaikan syarat-syarat pemergiannya.

Van Gaal yang menghabiskan lapan jam di pusat latihan United di Carrington semalam berasa terkilan kerana saat-saat terbaik beliau bersama United telah dihancurkan oleh berita pelantikan Mourinho, walhal ia seharusnya diceriakan dengan sidang media kemenangan di Wembley.

Beliau meletakkan kesalahan itu kepada Woodward dan menyifatkan situasi itu sebagai gol sendiri untuk pasukan tersebut.

Kerana itu jugalah van Gaal kemudian bermesyuarat dengan Paul Gilroy sebelum bersetuju dengan terma sebelum dua kenyataan dikeluarkan pada jam 8.30 malam pada malam Isnin.

Woodward bersetuju memberi van Gaal masa untuk meninggalkan negara itu dan percutian di Portugal sebelum berita pemergiannya disahkan.

Bagaimanapun, dalam masa beberapa minit pengumuman itu, gambar dan biografi van Gaal telah dikeluarkan dari bahagian kakitangan kelab di laman web United menandakan kisahnya bersama-sama kelab tersohor itu telah tamat. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru