Monday, August 15, 2022

Van Gaal dipecat, Mourinho dibayangkan pengendali baharu Manchester United

Secara Rawak

Biarpun membantu Manchaster United menamatkan kemarau piala, dengan menjulang Piala FA Sabtu lalu, pengendalinya, Louis van Gaal tetap dipersalahkan atas prestasi hambar pasukan sejak mengambil alih jawatan penting itu.

Louis van Gaal
Louis van Gaal

Media England semalam melaporkan van Gaal, telah pun dipecat dan akan digantikan oleh bekas pengendali Chelsea, Jose Mourinho.

Van Gaal dikatakan hadir ke pusat latihan United di Carrington untuk membincangkan mengenai masa depannya semalam.

Sky Sports melaporkan United akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.

Van Gaal membawa United merangkul kejuaraan Piala FA pada Sabtu, lalu namun kemenangan itu gagal mengubat lara di hati pengerusi United, Ed Woodward.

Pengendali asal Belanda itu gagal membawa United ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan serta gagal menghadirkan cabaran dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Nama Mourinho sering dicanang sebagai pengganti Van Gaal sebelum in, namun bekas pengendali Chelsea dan Real Madrid itu enggan memberikan sebarang komen kerana menghormati Van Gaal yang pernah menjadi mentornya di Barcelona sebelum ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru