Monday, August 8, 2022

Kenyataan Rasmi Louis van Gaal

Secara Rawak

Ia merupakan satu penghormatan untuk menguruskan apa-apa kelab besar dan gah seperti Manchester United FC, dan dengan berbuat demikian, saya telah memenuhi cita-cita yang lama diimpikan.

Saya amat berbangga kerana telah membantu United memenangi Piala FA untuk kali ke-12 dalam sejarah kelab.

Saya telah bernasib baik kerana dalam kerjaya pengurusan, saya telah memenangi 20 trofi tetapi memenangi Piala FA, yang kaya dengan sejarah begitu besar maknanya, akan sentiasa menjadi salah satu pencapaian yang paling istimewa dalam karier saya.

Saya amat kecewa kerana tidak dapat melengkapkan pelan tiga tahun yang kami rancangkan. Saya percaya bahawa asas-asas telah dibangunkan untuk membolehkan kelab itu untuk bergerak ke hadapan dan mencapai kejayaan yang lebih besar.

Saya berharap memenangi Piala FA akan menjadikan landasan kepada kelab ini untuk membina musim depan dengan lakaran kejayaan seperti yang peminat inginkan.

Setelah berjaya di Belanda, Sepanyol dan Jerman, saya sentiasa mengharapkan peluang untuk menguruskan bola sepak Inggeris dan menjadi sebahagian daripada budaya Inggeris. Kedua-dua pengalaman ini telah berjaya saya perolehi dan amat bermakna.

Saya berterima kasih kepada para pemain saya dan semoga mereka berjaya pada  musim depan. Ia merupakan satu keseronokan untuk bekerja dengan mereka, terutamanya dengan melihat begitu ramai pemain muda mengambil peluang menyertai skuad utama dan beraksi dengan cemerlang.

Saya tidak sabar untuk menonton pembangunan berterusan pemain-pemain muda ini  pada musim depan.

Terima kasih kepada pemilik dan lembaga Manchester United kerana memberi peluang kepada saya untuk menguruskan kelab yang hebat ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong United yang menakjubkan. Mereka benar-benar peminat yang terbaik di dunia.

Saya terhutang budi kepada kakitangan sokongan saya, yang banyak membantu.

Saya juga amat berterima kasih kepada setiap anggota dan kakitangan kelab – pasukan sains sukan, pasukan perubatan, jabatan kit dan dobi, pentadbiran kelab, pejabat mediA, pasukan pengurus, pasukan Academy, kakitangan tanah dan pasukan katering , kedua-duanya di Stadium Old Trafford dan padang latihan Carrington, yang semuanya telah memberi sokongan tidak berbelah-bahagi ketika saya di United.

Tidak pernah dalam tempoh 25 tahun saya sebagai seorang pengurus, saya disokong dengan begitu baik dalam melaksanakan peranan saya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih saya kepada Sir Alex Ferguson dan Sir Bobby Charlton yang sentiasa membuat saya dan keluarga saya berasa dialu-alukan sepanjang sebagai pengurus Manchester United.

Kenyataan Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward:

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Louis dan kakitangannya atas tugas yang sangat baik mereka dalam tempoh dua tahun lalu, yang berakhir dengan kemenangan ke-12 Piala FA menyamai rekod untuk kelab (menyamai kemenangannya di empat negara berbeza).

Beliau telah menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi sepanjang berada di sini.

Beliau meninggalkan kita dengan mewariskan beberapa bakat muda yang diyakini mampu membuktikan keupayaan mereka di peringkat yang lebih tinggi.

Semua ahli kelab ini mendoakan yang terbaik untuk beliau pada masa akan datang. ”

Keputusan mengenai pengganti beliau sebagai pengurus akan diumumkan tidak lama lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru