Thursday, December 8, 2022

Peningkatan FDI bukti pelabur asing yakin akan ekonomi negara — Najib

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ekonomi negara diyakini semakin pulih hingga mendorong banyak pelabur asing menanam modal di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hakikat berlakunya peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini membuktikan Malaysia sedang berada pada landasan yang betul.

Malah peningkatan ini turut didorong oleh kecekapan urus tadbir selain tumpuan kerajaan terhadap usaha mengeratkan hubungan dengan negara-negara rakan dagang melalui hubungan dua hala, katanya seperti dipetik dalam blog www.najibrazak.com.

13246326_10153519514265952_3422611392533103151_o

“Antara tahun 2009 dan 2015, pelaburan langsung asing telah berkembang pada kadar 22 peratus setahun.

“Ini satu daripada tanda-tanda bahawa pendekatan yang diambil kerajaan adalah tepat dan membawa keyakinan kepada pelabur asing untuk terus melabur dalam negara.

Najib berkata, lawatannya ke United Kingdom dan Rusia baru-baru ini telah berjaya menambahkan keyakinan pelabur dari negara itu untuk melabur di negara ini.

“Alhamdulillah, saya yakin lawatan kerja saya ke United Kingdom dan Rusia telah mengeratkan hubungan antara kerajaan dan menambah keyakinan pelabur kepada Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan menarik dan penuh potensi,” katanya.

Najib menghadiri mesyuarat tahunan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) dan merasmikan Malaysia-UK Investor Showcase manakala di Sochi, Rusia beliau menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Rusia-ASEAN. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru