Masing: YB Dayak mesti berani dengar kritikan rakyat

0
4

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr. James Jemut Masing mengingatkan wakil rakyat dari suku kaum Dayak yang baru memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas agar berani berhadapan dengan sebarang kritikan daripada rakyat yang memilih mereka.

masingSemasa menutup Bazar Gawai Dayak Kuching 2016 di Batu Kawa pada Ahad, Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan berkata, “Saya sendiri sedia diperbetulkan jika hal yang saya lakukan tidak betul.”

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu memperingatkan selain berlapang dada mendengar rintihan atau kritikan penduduk, wakil rakyat seharusnya sedia memperbaiki perkara yang disuarakan oleh orang ramai.

Wakil rakyat dari suku kaum Dayak seharusnya tidak gentar apabila rakyat cuba membetulkan perkara yang sumbang dilihat dari kaca mata rakyat.

Masing bagaimanapun mengingatkan pengkritik yang mahu menegur ahli politik, “kritikan mereka hendaklah bersifat membina,” katanya.

Masing juga mengingatkan suku kaum Dayak agar bersama-sama bergerak ke hadapan sebagai satu kumpulan masyakat di Sarawak.

Menyedari meskipun kaum Dayak merupakan kumpulan masyarakat terbesar di negeri ini.

Dengan terdapat banyaknya pertubuhan bukan kerajaan kaum Dayak, realitinya dalam politik, sukar bagi mereka duduk semeja atas kepentingan dan matlamat yang berbeza.

Masing percaya, masyarakat Dayak perlu duduk bersama demi memupuk objektif dan kepentingan bersama.

Dari situ pemimpin kaum Dayak dapat memimpin masyarakat ke arah membina kehidupan lebih baik.

Kata Masing, “Kaum Dayak mampu bersama melalui aktiviti ekonomi dan aktiviti lain dalam proses membangunkan negara.”

PRN Sarawak pada 7 Mei lepas menyaksikan beberapa wakil rakyat dari suku kaum Dayak terpilih untuk membawa suara rakyat yang diwakili ke DUN. – Sarawakvoice.com