Monday, November 28, 2022

Malaysia Airlines pajak tambahan dua pesawat baharu Airbus A350-900s

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Malaysian Airlines Berhad (MAB) telah menandatangani perjanjian pajakan selama dua tahun untuk tambahan dua pesawat baharu Airbus A350-900s dengan Air Lease Corporation (ALC) yang akan diterima pada oleh syarikat itu pada tahun 2018.

Dalam satu kenyataannya hari ini, MAB memberitahu perjanjian baharu ini adalah selaras dengan pilihan yang telah diberikan oleh ALC sewaktu pemeteraian perjanjian pajakan sebelum ini yang berlangsung pada  September lepas bagi mendapatkan empat A350-900s.  

“Tambahan dua Airbus A350-900s ini akan melengkapkan empat yang sedia ada untuk mencapai saiz armada yang kritikal dan membolehkan pesawat bersedia untuk sebarang penyelenggaraan berjadual selain membantu proses pembesaran operasi rangkaian pada masa depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller. 

Pesawat yang dikuasakan oleh dua enjin Rolls Royce Trent XWB-84 ini akan menggabungkan teknologi terbaharu yang membolehkan penerbangan yang lebih selesa untuk perjalanan tanpa henti dari Kuala Lumpur ke London mahupun seluruh Asia,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru