Wednesday, December 7, 2022

Cuepacs gesa kerajaan isi segera kekosongan jawatan perkhidmatan awam

Secara Rawak

KUCHING: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda meminta kerajaan mengisi segera kekosongan perjawatan yang terdapat dalam sektor perkhidmatan awam.

Azih Muda
Azih Muda

“Kita (Cuepacs) menerima banyak aduan yang pelbagai daripada kesatuan gabungan, dan begitu juga agensi pelaksana ekoran kekurangan kakitangan panjawat awam,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tritahunan Cuepacs Sarawak di Kuching.

Menurut Azih, kekurangan penjawat awam wujud ekoran ramai kakitangan bersara wajib, persaraan awal, meletak jawatan dan meninggal dunia.

Cuepacs jelasnya mengharapkan kerajaan dapat melaksanakan pelan penggantian pengambilan dengan segera bagi mengisi kekosongan penjawat awm berkenaan.

“Jika kekosongan ini lambat diisi, ia akan mengakibatkan perkhidmatan agensi pelaksana kerajaan terhadap rakyat agak tergendala.

“Selain itu, pengambilan penjawat awam baru juga akan memberi peluang kepada generasi muda dan pencari kerja memasuki perkhidmatan awam,” tambahnya.

Setiap tahun, dianggarkan 21,000 hingga 25,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam perlu disi semula. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru