Friday, October 7, 2022

Abdul Taib Mahmud hadiahkan isteri kereta Bentley RM1.5 juta

Secara Rawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud meraikan ulang tahun kelima perkahwinan dengan isteri tersayang, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dengan kejutan semalam, apabila menghadiahkan beliau dengan sebuah kereta Bentley yang bernilai RM1.5 juta, menurut beberapa laman facebook hari ini.

Kejutan ini cukup menarik apatah lagi kereta berwarna putih tersebut yang diikat dengan reben gergasi diberikan pada ulang tahun kelahiran Abdul Taib ke-80 pada Sabtu lalu.

Abdul Taib berkahwin dengan Ragad Waleed AlKurdi pada 18 Disember 2010 ketika wanita yang berasal dari Lubnan ini berusia 31 tahun.

Mereka sebelum itu dipertemukan oleh adik Abdul Taib, Datuk Rodziah Mahmud dan suami Datuk Robert Geneid sebelum melangsungkan majlis perkahwinan di kediaman Abdul Taib di Kuching. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru