Sunday, August 14, 2022

BN sentiasa kotakan janji – Abang Jo

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menang dalam pilihan raya negeri ke-11 pada 7 Mei lepas sentiasa sedia untuk mengotakan janji.

“Kita (kerajaan BN) sentiasa mengotakan janji. Melalui wakil rakyat yang anda (rakyat) pilih melalui pilihan raya, kita akan pastikan nasib dan taraf hidup rakyat dibela sewajarnya,” katanya.

Johari yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi berkata demikian berucap dalam Majlis Kesyukuran dan Penghargaan PBB Batu Kawah dan Batu Kitang, di Kuching malam semalam.

99c763ee-7001-4260-b4a0-b06ed4f34419

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Cawangan PBB Batu Kitang, Nancy Shukri turut hadir.

Dalam majlis itu, Johari turut mengumumkan jalan menuju Kampung Betong, Jalan Landeh di Kota padawan akan diterangi lampu jalan apabila projek pemasangan lampu itu dilakukan setelah mendapat peruntukan.

Beliau berkata, kerajaan BN akan menunaikan janji sebelum ini iaitu memasang jalan di sepanjang jalan ke Kampung Betong di Jalan Landeh.

“Namun kita masih menunggu kelulusan peruntukan. Selain itu, kita juga masih menunggu pemeriksaan daripada Sesco,” katanya.

Sementara itu, berkaitan projek lain, Johari turut menjelaskan permohonan membina dewan dan balai raya di kampung berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan daripada sekarang. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru