Friday, December 2, 2022

Pramugari tragedi EgyptAir MS804 muat naik foto pesawat tenggelam

Secara Rawak

KAHERAH: Sejumlah pihak cuba menelusuri media sosial untuk mencari latar belakang mangsa tragedi EgyptAir MS804, selepas identiti mereka dihebahkan kepada umum.

Pesawat yang bertolak dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris, Perancis, menuju Kaherah, Mesir, hilang dari pantauan radar di wilayah udara Mesir 02.45 waktu setempat.

Pesawat berkenaan membawa 66 penumpang, 33 daripadanya warganegara Mesir, 15 Perancis dan 2 Iraq.

Selepas mengenal pasti identiti mangsa, salah satu penemuan menarik dijumpai netizen adalah dari akaun Facebook salah seorang pramugari pesawat yang terputus komunikasi dengan menara kawalan pada Khamis lepas.

Salah seorang mangsa tragedi EgyptAir MS804 ialah pramugari Samar Ezzedine Safwat atau dikenali sebagai Samar Ezz Eldin 27.

Netizen menemukan sebuah foto suntingan yang mengejutkan pernah diposting oleh pramugari berkenaan di akaun Facebook-nya.

Samar Ezz Eldin memuat naik foto seorang wanita yang juga pramugari sedang menarik bagasi dari laut luas.

526ba43a-c795-4c12-add5-0ea889ced088

Manakala, di belakangnya terdapat pesawat terhempas menjunam ke laut.

Foto tersebut dimuat naik di media sosialnya pada 26 September 2014, sebulan selepas Eldin diterima bekerja di syarikat penerbangan EgyptAir tersebut.

Netizen lain menganggap maklumat berkenaan sebagai petanda bagi nasib malang Eldin yang akhirnya menempuh hal yang hampir serupa, menjadi mangsa korban tragedi MS804.

Eldin pernah menuntut di Kaherah Mesir. Dia dikenal pasti sebagai salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi menyayat hati itu.

Setakat ini hipotesis awal mendakwa serangan pengganas kemungkinan besar menjadi punca kemalangan pesawat berkenaan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru