Sunday, December 5, 2021

Nahas EgyptAir MS804 berlaku selepas 804 hari tragedi MH370?

Secara Rawak

Kaherah: Tentera Mesir disahkan menemui serpihan pesawat EgyptAir, jaket pelampung dan beberapa kerusi pesawat di sebuah kawasan sejauh 290 kilometer dari Kota Iskandariah.

Pencarian pesawat Mesir Airbus A320 yang hilang Khamis lepas diteruskan selepas serpihan yang ditemui baru-baru ini disahkan bukan milik pesawat malang itu.

Pesawat EgyptAir MS804 yang bertolak dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris, Perancis, menuju Kaherah, Mesir, hilang dari pantauan radar di wilayah udara Mesir 02.45 waktu setempat.

56d8e51f-d6f2-4b03-8301-b015bafdd9a6

Pesawat membawa 66 penumpang, 33 daripadanya warganegara Mesir, 15 Perancis dan 2 Iraq.

Menteri Penerbangan Awam Mesir, Sherif Fathy berkongsi pendapat dengan Pengarah Agen Keselamatan Pusat Rusia (FBS), Alexander Bortnikov yang mengatakan serangan pengganas kemungkinan besar menjadi punca hilangnya pesawat tersebut.

Spekulasi tersebut sekali gus mencurigai sistem keselamatan Lapangan terbang Charles de Gaulle.

Ahli Penerbangan Awam Australia, Geoffrey Thomas mengatakan sistem keselamatan lapangan terbang berkenaan sangat bagus, namun salah satu kekhuatiran industri penerbangan ialah peranan orang dalam.

“Selalu ada kemungkinan sesuatu diseludupkan ke dalam kabin pesawat,” tambah Thomas.

Calon kontroversi dari parti Republik untuk kerusi Presiden Amerika Syarikat yang begitu fobia dengan Islam Donald Trump penuh sinikal mengatakan pesawat tidak mungkin ditemui selamat.

Bagi Trump, pesawat itu tidak jatuh atau hilang di tengah lautan, melainkan beliau menempelak, pesawat itu sudah meledak di udara Mediterranean.

“Apakah yang terjadi 12 jam lalu? Sebuah pesawat (Mesir) meledak di udara,” kata Trump dalam programnya di Lawrenceville, New Jersey.

Beberapa spekulasi muncul berkaitan punca hilangnya pesawat Air Bus A320 itu secara mendadak dari radar.

Ada spekulasi berpendapat pesawat dirampas oleh pengganas dari Paris dengan sebutir bom diletak di Lapangan Terbang Charles de Gaulle meskipun kadar keselamatannya ketat sejak 13 November 2015.

Andaian lain mencadangkan terdapat peledak unik yang diletak dari Kaherah lagi dengan dua waktu berbeza.

Tekanan barometer mula bergerak ketika mendarat di Paris.

Ketika tekanan meningkat pada posisi pesawat ke udara di Laut Mediterranean, bom jangka meletup.

Kini, teori konspirasi mula muncul sehingga ada yang membandingkan dengan MH370.

Bahkan, rentetan misteri peristiwa MH370 dikaitkan sekali dengan MS804.

Menurut Mirror, Kevin Andrew dari Ireland yang mengicau di Twitternya berkenaan satu kaitan aneh di antara kedua-dua pesawat yang hilang itu.

Tragedi MH370 mencatatkan perhubungan terakhirnya pada 5.19 petang pada 17 Mac 2014 sebelum hilang.

Sementara, MS804 membuat perhubungan terakhir pada 2.30 pagi, 19 Mei 2016 ­– iaitu tepat 804 hari selepas kehilangan MH370!

Trauma tragedi MS804 turut menguasai Lapangan Terbang Charles de Gaulle apabila lapangan sibuk itu disteril garis polis, sebaik sahaja pihak keselamatan menemui bungkusan mencurigakan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru