Sunday, November 27, 2022

Fokus segera Karim pastikan rakyat dapat kediaman selesa dan Sarawak julang kejuaraan Sukma

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Perumahan pada tahun ini akan memberi fokus kepada usaha untuk memastikan rumah-rumah mampu milik siap mengikut jadual.

Menteri Mudanya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kepercayaan yang diberikan Ketua Menteri untuk terus berada di kementerian tersebut akan membolehkan beliau membantu menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg memantau seterusnya menentukan projek-projek ini siap mengikut jadualnya.

“Saya memahami apa yang berlaku, bermula dari proses perbincangan diikuti perancangan dan pelaksanaan.

“Jadi ini mempermudahkan saya untuk melakukan pemantauan bagi membolehkan semua isu berkaitan dapat ditangani, dan ia mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya dalam pertemuan dengan BH hari ini.

Karim berkata, selain itu, kementeriannya juga sedang merancang pembinaan perumahan rakyat baharu bagi memenuhi keperluan rakyat yang mahu memiliki rumah.

“Berdasarkan pengalaman yang ada,dan hubungan baik dengan Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pusat, insya-Allah kita yakin hasrat ini akan dapat dipenuhi,” katanya.

Sementara itu, Karim yang turut diberi tanggungjawab portfolio Menteri Muda Belia dan Sukan berkata, fokus utamanya kini adalah untuk memastikan Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung Julai ini berjalan dengan lancar.

“Malah kita beriltizam untuk melihat Sarawak muncul sebagai juara keseluruhan, seperti yang pernah kita menangi tiga kali sebelum ini,” katanya.

Untuk itu kata Karim, beliau akan membantu Menteri Belia, Sukan dan Perpaduan, Datuk Sri Michael Manyin mengadakan lawatan segera bukan sahaja kepada venue-venue yang terbabit bagi memastikan semua persiapan dan kelengkapan sudah berada dalam keadaan siap sedia, malah memastikan semua atlet yang terlibat dan kini sedang dalam kem latihan pusat sentiasa bermotivasi untuk menakluk emas.

“Pagi semalam saya meninjau pasukan berbasikal BMX yang melakukan latihan di trek Bukit Siol dan sempat mendapatkan taklimat latihan mereka,” katanya. – Sarawakvoice.com

sukma bmx

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru