Monday, January 24, 2022

Wakil rakyat BN tamat tempoh bulan madu, harus berkhidmat segera dan hantar kad laporan setiap 6 bulan

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sebentar tadi mengingatkan ahli-ahli kabinetnya dan seluruh wakil rakyat Barisan Nasional agar memberi fokus kepada tugas dan tanggungjawab masing-masing mulai sekarang.

Dalam status terbaharu yang dimuat naik dalam facebooknya, Adenan menegaskan masa untuk bercakap dan berpolitik telah berlalu.

“Sekarang adalah masa untuk bekerja dan bertindak,” katanya yang sering mengutip falsafah Inggeris, “walk the talk”.

Screen Shot 2016-05-20 at 7.23.51 AM

Setiap Ahli Yang Berhormat tegasnya, harus bekerja untuk rakyat dan melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab.

“Untuk itu mereka perlu menghantar kad laporan kepada saya setiap enam bulan,” katanya lagi.

Dipercayai Adenan bertindak demikian berikutan terdapat laporan yang mengatakan wakil rakyat pada penggal DUN yang lepas gagal melaksanakan tugas mereka sepanjang empat tahun pertama, dan hanya berfungsi pada 12 bulan terakhir — untuk menampakkan mereka bekerja.

Adenan dikenali sebagai pemimpin “mesra rakyat” dan mahu semua wakil rakyat BN mengutamakan rakyat dalam apa jua tindakan mereka. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru