Friday, October 7, 2022

Pesawat Firefly ke Singapura dari Subang terima ancaman bom

Secara Rawak

SUBANG:  Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Firefly terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) malam tadi selepas dipercayai menerima ancaman bom.

Difahamkan pesawat berkenaan sudah berlepas menuju ke Singapura ketika menerima ancaman bom.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pesawat berkenaan berlepas dari LTSAAS pada 7.40 malam tadi, sebelum pihak pengurusan syarikat pada jam 8 malam, menerima panggilan daripada lelaki yang tidak dikenali mendakwa pesawat berkenaan membawa bahan letupan.

“Pihak syarikat terus menghubungi menara kawalan dan pesawat berkenaan dilencongkan kembali ke LTSAAS.

Unit pemusnah bom PDRM kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian namun pemeriksaan kemudiannya mendapati tiada sebarang bahan letupan ditemui.

Pesawat tersebut membawa 30 penumpang dan empat anak kapal itu kemudian selamat diterbangkan ke Singapura menggunakan pesawat lain.

Menurut Zaini, kes disiasat  mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi twitternya mengesahkan kejadian berkenaan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru