Thursday, May 19, 2022

Penumpang AirAsia wajib daftar masuk sendiri sepenuhnya di  KLIA2 mulai esok

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: AirAsia melaksanakan proses daftar masuk sendiri sepenuhnya untuk kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) mulai esok, 18 Mei, 2016.

Justeru itu, kesemua kaunter daftar masuk di klia2 akan ditutup mulai esok, lapor  Bernama.

Menurut kenyataan AirAsia hari ini, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat penerbangan itu untuk memberi pengalaman perjalanan yang lebih lancar kepada semua pelanggannya.

“Para tetamu dinasihatkan melakukan proses daftar masuk sendiri melalui pelbagai pilihan yang ada seperti web dan aplikasi mudah alih selain menggunakan kios yang terdapat di lapangan terbang, sebelum ke kaunter bagasi untuk mendaftar masuk bagasi,” menurut AirAsia.

Bagi penerbangan AirAsia, daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih boleh dilakukan seawal 14 hari sehingga sejam sebelum waktu berlepas.

Sementara itu, bagi pelanggan AirAsia X pula mereka boleh melakukan daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih seawal 14 hari sehingga empat jam sebelum perlepasan yang dijadualkan.

Maklumat lanjut mengenai AirAsia boleh dilayari di Facebook dan Twitter AirAsia atau layari airasia.com untuk melihat video tutorial serta mengetahui proses layan diri untuk perjalanan yang lebih cepat dan lancar. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru