Monday, November 28, 2022

Polis berkas 284 tukang urut, GRO

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara berkata,  284 orang tukang urut dan GRO ditahan oleh pihak berkuasa di ibu negara dan empat negeri sepanjang minggu lepas.

Tan Sri Khalid Abu Bakar memuat naik maklumat terkini berkenaan perkara tersebut menerusi laman akaun Facebooknya, hari ini.

Menurut beliau, tangkapan dan penahanan tersebut dilakukan oleh Pasukan Tindakan Khas Anti-Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) dalam serbuan berasingan.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur maksiat sepanjang minggu lepas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sabah. Tangkap 284 orang tukang urut dan GRO,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.

Beliau tidak pula memperincikan negara asal tukang urut dan GRO terbabit. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru