Friday, September 30, 2022

PM akan rombak dan struktur semula Kabinet Pusat, yakin kemampuan kabinet Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak malam ini berkata, beliau akan melakukan rombakan dan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan dalam masa terdekat.

Ini berikutan peletakan jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas serta kematian timbalannya, Datuk Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikopter Eurocopter AS350 di Sebuyau, Sarawak.

Screen Shot 2016-05-15 at 07.26.07“Penstrukturan semula Jemaah Menteri Persekutuan dan lantikan baru ini akan memenuhi keperluan terkini serta pengisian jawatan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya seperti yang dipetik pada catatan blognya NajibRazak.com malam tadi.

Mengulas tentang Uggah, Najib berkata, beliau percaya Uggah akan dapat memainkan peranan cemerlang dalam kabinet Adenan.

“Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang dan banyak menyumbang kepada sektor komoditi dalam jawatan sebelum ini.

“Antaranya penubuhan Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit yang telah membantu dalam memastikan kestabilan harga sawit dan membangunkan industri hiliran.

Pada Jumaat lalu, Adenan mengumumkan barisan 10 menteri kabinetnya, dengan tiga menteri paling berpengalaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Antaranya termasuklah Uggah yang turut dilantik Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, Tan Sri James Jemut Masing ( Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan) dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian dan Menteri Perumahan dan Urbanisasi). – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru