Friday, September 30, 2022

Aziz Isa bermimpi siang hari dakwa SUPP dijanji jawatan Timbalan Ketua Menteri

Secara Rawak

KUCHING: Sememangnya wajar bagi pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP)  Sarawak melalak tidak puas hati dengan Tan Sri Adenan Satem kerana tidak memberikan parti politik tertua Sarawak, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Sebabnya, kerana tindakan dan janji Tok Nan itulah kerusi Batu Kawah terlepas daripada genggaman manakala kerusi Batu Kitang gagal ditawan pembangkang.

13161926_1211281118881997_226104347778520472_oDi kerusi Dun Batu Kawah, Presiden SUPP, Datuk Profesor Dr. Sim Kui Hian merampas kembali kerusi tersebut daripada Christina Chew (DAP). Sim memperoleh 6,414 undi bagi mencatatkan majoriti 2,085 undi menewaskan Christina ( 4,329 undi) dan calon bebas pro-BN Liu Thian Leong (1,109 undi).

Di Batu Kitang, impian Abdul Aziz Isa untuk muncul wakil rakyat Melayu pertama di Sarawak tinggal mimpi.

Aziz yang mengejutkan PKR bertanding di kerusi tersebut memperoleh 4,624 undi, menewaskan Voon Shiak Ni (PKR) dengan 883 undi manakala dua calon bebas, Othman Bojeng dan Sulaiman Kadir meneguk air liur dengan memperoleh 54 dan 61 undi masing-masing.

Bagaimanapun, janji sebagai Timbalan Ketua Menteri kepada SUPP ternyata menyentap Aziz apabila di sebalik sokongan Bumiputera itu, beliau gagal menewaskan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang daripada memperoleh 6,466 undi, seterusnya memperoleh majoriti 1,842 undi.

Justeru tidak hairanlah Aziz begitu lantang mengecam Adenan sambil mendakwa rakyat dan pengundi di dua Dun itu ditipu dan kecewa.

Malah Aziz terang-terangan mencabar SUPP keluar dari BN kerana Adenan katanya, menipu masyarakat Cina. “Orang Cina kena tipu bulat-bulat oleh BN. SUPP macam kena buli.”

Aziz lupa bahawa beliau meludah ke langit sebenarnya. Siapa yang menipu siapa dalam kes ini? Aziz menipu Voon Shiak Ni yang telah menanam benih dan harapan sekian lama untuk memenangi kerusi tersebut.

Paling menarik, Aziz juga serkap jarang kerana Adenan tidak pernah menjanjikan sebarang jawatan Timbalan Ketua Menteri kepada SUPP.

Bersama-sama artikel ini, disertakan rakaman audio ucapan Adenan pada kempen SUPP di Kuching City Mall, yang dikatakan memberi pukulan hebat terhadap kekalahan Aziz.

Adenan jelas tidak menjanjikan bulan bintang kepada SUPP dan hanya akan memberikan jawatan menteri setelah sekian lama masyarakat Cina dan SUPP tidak diwakili. Di mana pula Aziz mengutip janji Adenan menjadikan Dr. Sim sebagai Timbalan Ketua Menteri?

Aziz perlu sedar bahawa kekalahannya bukan kerana kehebatan janji Adenan atau kehebatan Adenan sendiri. Beliau kalah atas dua faktor.

Pertama perwatakan Lo Khere Chiang yang tidak sombong, turun padang dan sentiasa merendah diri manakala karektor kedua ialah perwatakan Aziz sendiri, yang terlalu teruja untuk menjadi wakil rakyat hingga tidak menjaga perlakuan dan etika, terutama di atas pentas.

Seharusnya, anak muda ini belajar daripada pengalaman, mungkin juga daripada Datuk Sebastian Ting bagaimana untuk merakyatkan diri sebelum menjadi wakil rakyat yang berjaya.

Kemenangan SUPP di dua kerusi tersebut sebenarnya tamparan kepada DAP dan bukannya rakyat. Rakyat pasti gembira kerana selepas ini harapan dan kebajikan mereka pasti terbela. Malah mereka beruntung kerana mendapat wakil rakyat yang bukan sahaja bijak malah rajin dan prihatin seperti Datuk Dr. Sim.

Kepada calon DAP yang kecundang di kerusi Dun Batu Kawah, Christina Chew, sarawakvoice.com mengucapkan takziah kerana keguguran pada hari mengundi tersebut. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru