Monday, August 15, 2022

Lelaki Perancis tunjuk kuat, ditembak bagai anjing liar di Bali

Secara Rawak

DENPASAR, Bali, Indonesia: Seorang jaguh mempertahankan diri yang berasal dari Perancis ditembak mati oleh polis Indonesia 2 Mei lalu selepas membunuh seorang anggota polis yang cuba menahannya.

Lelaki yang ego dengan kebolehannya menguasai pelbagai seni mempertahankan diri itu ditembak bagai “anjing liar” — satu tindakan kejam tetapi perlu oleh anggota polis berkenaan berikutan kemampuannya untuk melakukan amukan selepas tercedera.

Berdasarkan video yang kini viral di seluruh dunia, polis Bali tidak mahu mengambil sebarang risiko selepas lelaki terbabit enggan berkompromi.

Beliau dihujani dengan puluhan peluru namun masih berusaha untuk berdiri sehinggalah beberapa peluru terakhir menamatkan riwayatnya.

1c666b88-b34d-4d3b-b1ba-95b5e5057967Menurut Jakarta Post yang memetik AFP, lelaki berbadan sasa berusia 49 tahun itu dikenali sebagai Amokrane Sabet, seorang pejuang seni mempertahankan diri campuran.

Menetap di selatan Bali atas visa pelancong, Sabet sememangnya seorang yang tidak disenangi.

“Terdapat telah banyak aduan mengenainya termasuk makan di restoran tanpa membayar, membawa pisau, dan mengganggu orang, tetapi setiap kali kita memanggilnya untuk dirakamkan percakapan, dia tidak pernah muncul,” kata jurucakap polis Bali, Hery Wiyanto.

Berikutan itu, pada Isnin lalu, 40 anggota polis dan pegawai imigresen datang ke kediaman Sabet untuk memaklumkan bahawa visa pelancongnya tamat pada September.

Bagaimanapun sebaik tiba di Canggu, kampung yang popular dengan pelancong asing, Sabet tiba-tiba muncul sambil mengacukan pisau.

“Salah seorang pegawai kami cuba menghampirinya dan menenangkannya (Sabet) tetapi Sabet bertindak ganas lalu menikam pegawai terbabit hingga mati” kata Wiyanto.

Polis kemudian melepaskan tiga tembakan amaran tetapi tidak diendahkan, oleh Sabet hingga memaksa tembakan dilepaskan kepadanya bertalu-talu, kata Wiyanto.

Berdasarkan rakaman video, Sabet melambai-lambai tangan sambil menggenggam pisau sebelum berlari untuk menerjah pegawai yang melepaskan tembakan amaran.

Sabet yang cedera dihujani peluru kemudian terbaring di atas tanah namun masih gagah untuk cuba berdiri sebelum beberapa das terakhir dilepaskan.

Difahamkan Kedutaan Perancis di Jakarta telah dimaklumkan dengan kejadian ini sedang berurusan dengan pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Sarawakvoice.com

ff2dc737-b080-4eb1-918d-96a98d480ff6

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru