Monday, August 15, 2022

TMJ bengang diintip Cawangan Khas, telefon dicuri dengar

Secara Rawak

Wartawan: Tunku, apa pandangan Tunku mengenai perlawanan akhir Piala FA?

TMJ: Saya tidak memikirkan tentang perlawanan akhir. Hanya mereka yang tidak berada dalam perlawanan akhir yang asyik bercakap mengenainya berbanding pasukan yang berada di dalam perlawanan akhir.

Wartawan: Apakah harapan Tunku?

TMJ: Tidak ada apa-apa. Berada di perlawanan akhir sudah dianggap satu pencapaian. Jika kami menang, bagus. Jika kami tewas, cuba lagi.

Wartawan: Adakah Tunku fikir JDT mempunyai kelebihan kerana mempunyai lebih ramai penyokong yang akan hadir?

TMJ: Tidak. PKNS menewaskan Perak dengan kehadiran penyokong yang sedikit. Apabila JDT menewaskan South China di Hong Kong, juga dengan sokongan penyokong yang lebih rendah. Jadi, ia tidak mendatangkan apa-apa perbezaan.

Wartawan: Tunku juga akan menghadiri Kembara Mahkota. Jadi bagaimana Tunku akan merancang jadual Tunku?

TMJ: Saya akan menyaksikan perlawanan akhir dan kemudian saya akan menyertai bersama keluarga saya untuk Kembara tersebut.

Wartawan: Ada apa-apa mesej untuk penyokong atau pemain? Atau apa sahaja yang Tunku mungkin mahu tambah?

TMJ: Ya. Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh Special Branch. Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di Bukit Aman. Saya hanyalah seorang yang prihatin terhadap rakyat saya. Saya bukannya pengganas. Saya tidak merbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali membunuh bola sepak Malaysia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru