Saturday, December 3, 2022

Siapa kekasih calon langsung?

Secara Rawak

KUCHING:  Daripada 13 calon langsung yang ditampilkan Barisan Nasional (BN) Sabtu, hanya dua yang kecundang.

Parti Rakyat Bersatu  (UPP) mempunyai lima calon yang dikaitkan dengannya,  sementara dua lagi tewas.

Bagi calon langsung yang dikaitkan dengan Teras ketiga-tiga menang, termasuk bekas presiden Tan Sri William Mawan yang hampir tewas di Pakan apabila hanya memperoleh 426 undi majoriti.

Tiga lagi calon langsung dikaitkan dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan SPDP masing-masingnya.

Dalam pilhan raya ke-11 daripada 13 calon langsung tujuh dikaitkan dengan UPP.

Kini, masalah lebih besar menanti. Ke manakah wakil rakyat yang menang itu akan bertapak? Parti manakah yang dicintainya?  Siapakah kekasih calon langsung: PBB, PRS, atau SPDP?

Pemilihan calon langsung tentu bersandarkan pelbagai faktor, termasuk kekuatan, keselesaan, potensi masa depan,  dan ganjaran yang bakal diterima. Ganjaran boleh dalam pelbagai bentuk, termasuk jawatan yang mungkin diberi.

Mereka terpaksa membuat pilihan sukar, kerana kelihatannya, parti serpihan sukar diterima masuk ke dalam BN kerana parti Rakyat Rakyat  Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan SPDP pasti berkeras dalam pendirian mereka untuk tidak menerima kedua-duanya.

Dua tiga hari lepas presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian dan presiden PRS Tan Sri James Masing, malah presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataan media berkata bersedia membuka pintu parti terbabit untuk wakil rakyat berkenaan.

Sehingga pagi ini, Datuk Seri Wong Soon Koh, mantan presdien Teras dan Mawan masih lagi mengunci mulut mereka, sama seperti Adenan yang belum lagi memberi sebarang ulasan berkaitan.

Besar kemungkinan, kata satu sumber, semua pihak sedang membuat percaturan dan pencongakan sukar di belakang tabir tentang langkah terbaik yang perlu diambil untuk meleraikan isu itu secara tuntas dan muktamad demi faedah semua pihak, dan juga bagi menjamin kestabilan BN Sarawak.

Isu itu perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kabinet negeri dapat dibentuk secara pasti.

Apa pun tindakan yang diambil, kata pemerhati, semua pihak perlu bersikap terbuka dan berkompromi, dengan calon langsung perlu menelan ego politik dan maruah diri dengan mulut dan perut yang besar selepas mereka banyak mengiritik parti dan kepemimpinan asal lebih daripada dua tahun.

Sebarang keputusan akan memberi kesan kepada parti yang disertai, dan seterusnya landskap politik selepas ini, dengan kemungkinan ada parti yang akan mendapat jumlah wakil rakyat yang lebih banyak.  

Justeru, keadaan ini akan mengubah paradigma, graviti dan  ‘alignment’ dalam parti.

Pemerhati percaya, semua jalan yang dipilih, bukannya mudah, tetapi penuh liku, dengan kedua-dua pihak saling menyimpan kesangsian. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru