Monday, August 8, 2022

27 pintu Uma Badeng, Long Urun musnah dijilat api

Secara Rawak

BELAGA: Jarak perjalanan lima jam dari Bintulu ke Long Urun dekat sini tidak memungkinkan sebuah rumah panjang di kawasan tersebut dapat diselamatkan daripada dijilat api tengah hari tadi.

Semuanya menjadi abu namun penghuni 27 pintu Rumah Panjang Uma Badeng Asmidy Agau itu bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 12.53 petang daripada Ahli Parlimen Hulu Rejang, Wilson Ugak Kumbong berkaitan tragedi itu.

terbakar umah pjg

Sebuah jentera dengan empat pegawai dikejarkan ke Samalaju, sebelum bertukar kepada pacuan empat roda menuju lokasi kejadian.

Sementara itu, agensi-agensi kerajaan menggerakkan bantuan awal kepada mangsa-mangsa terlibat.

Ahli Dewan Undangan Murum, Chuk Pai Ugon ketika dihubungi berkata, bantuan ini berbentuk barangan keperluan asas dan bantuan kecemasan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru