Monday, August 8, 2022

Mayat dipercayai juruterbang helikopter AS350 ditemui pagi tadi

Secara Rawak

LINGGA: Mayat mangsa terakhir nahas helikopter Eurocopter AS350, yang dipercayai Rudolf Rex Ragas ditemui jam 10.05 pagi tadi kira-kira 5.5 km dari feri Kampung Triso, Sebuyau.

Mayat ditemui terapung oleh pasukan penyelamat dalam  keadaan yang agak menyedihkan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Mohamad Sabtu Osman dalam satu sidang media sebentar tadi mengesahkan penemuan tersebut.

Mayat tersebut katanya, telah dibawa ke jeti Lingga yang menjadi pangkalan operasi sekitar jam 11.05 pagi tadi dan disiapkan untuk diterbangkan ke Padang IPK Kuching.

Dari IPK, mayat akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat dan pengecaman.

Rex Ragas merupakan juruterbang helikopter Sabah Air yang disewa khas oleh Hornbill Skyways pada musim pilihan raya ini.

Beliau merupakan juruterbang dari Filipina yang amat berpengalaman dalam keadaan geografi Sabah dan Sarawak.

Helikopter yang dipandu Rex Ragas turut membawa Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon terputus hubungan sekitar jam 4.12 petang Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan sekitar jam 10 malam selepas helikopter terbabit gagal mendarat mengikut jadual asal, termasuk ditolak masa pendaratan cemas jika berlaku kecemasan.

Mayat Noriah kemudian ditemui pada jam 8.55 pagi Jumaat oleh pasukan SAR, manakala empat lagi mayat dijumpai pada Sabtu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru