Saturday, December 3, 2022

Kemenangan 11 calon Pemuda bukti keampuhan strategi, kata Fadillah

Secara Rawak

KUCHING:  Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kejayaan 11 daripada 13 calon Pemuda memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membuktikan keberkesanan strategi Pemuda BN menerusi Armada Pemuda yang bergerak di seluruh pelosok negeri untuk mendekati dan memenangi hati pengundi khususnya pengundi muda.

13103495_1185055694838790_5174830518951812559_nFadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, ia jelas membuktikan penerimaan dan sokongan padu pengundi Sarawak kepada #TeamAdenan di bawah kepemimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Katanya: “Kemenangan tersebut ialah bukti kematangan politik rakyat Sarawak yang mahukan kesinambungan pembangunan berterusan yang dibawa kerajaan BN, sekali gus menolak politik kebencian dan adu domba yang dibawa oleh pembangkang.”

Dalam pilihan raya negeri ke-11 Sabtu lalu, BN memenangi 72 daripada 82 kerusi dipertandingkan.

Kerusi yang dipertandingkan calon Pemuda ialah N6 Tupong, N18 Serembu, N24 Sadong Jaya, N30 Balai Ringin, N35 Saribas, N36 Layar, N44 Jemoreng, N50 Machan, N59 Tamin, N65 Belaga dan N72 Lambir.

Meskipun tewas di kerusi N9 Padungan dan N10 Pending menyaksikan kejayaan calon Pemuda mengurangkan majoriti calon DAP.  

Di N9 Padungan majoriti pembangkang berjaya dikurangkan daripada 7,884 undi kepada 5,062 undi, manakala di N10 Pending majoriti pembangkang berjaya dikurangkan daripada 7,595 undi kepada 4,270 undi. Majoriti tertinggi calon Pemuda dicatatkan di N6 Tupong iaitu 8,055 undi.

Fadillah mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pengundi di Sarawak yang telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui kepemimpinan negeri Sarawak untuk lima tahun lagi.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri dan kesemua peringkat pimpinan parti-parti komponen BN yang turut membantu dalam memastikan kemenangan besar BN. Juga terima kasih kepada pasukan keselamatan, petugas SPR, sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak yang terlibat dalam menjamin kelancaran proses demokrasi dalam PRN-11,” katanya.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi dan selaku Ketua Pemuda saya akan memastikan setiap wakil rakyat dari kalangan Pemuda yang telah dipilih, memberikan khidmat terbaik di kawasan masing-masing.

Sebanyak 70.1 peratus daripada 1.13 juta pengundi turun mengundi pada pilihan raya ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru