Saturday, December 3, 2022

Bukti kehandalan hero baharu rakyat

Secara Rawak

KUCHING: Sejak awal  Barisan Nasional (BN) memang tidak diragui memenangi pilihan raya negeri ke-11 dengan bergaya. Keazamannya untuk memenangi dua per tiga daripada 82 kerusi, termasuk  11 kerusi baharu, dari awal memang dalam genggaman Tan Sri Adenan Satem.

Hakikatnya, ujian utama beliau ada dua.

Pertama, sejauh mana beliau dapat merampas balik kerusi majoriti Cina daripada DAP?

Kedua, sebanyak mana peratusan undi popular masyarakat Cina dapat ditingkatkan?

Pada 2011, hanya 49 peratus pengundi Cina menyokong BN, manakala pada pilihan raya umum menjunam kepada 37 peratus.

Jadi, apabila lima daripada kerusi yang dimenangi DAP pada 2011 dapat dirampas, iaitu Batu Kawah, Repok, Maradong, Dudong, dan Piasau, itu merupakan petanda sudah ada ayunan undi yang agak besar terhadap BN.

Justeru, tidak hairan, apabila satu per satu kerusi itu tumbang, pemimpin BN yang menonton siaran TV malam tadi, bertepuk gembira.

Sama dengan usia Ketua Menteri, jumlah kerusi yang dimenangi juga 72.

BN memenangi 88 peratus kerusi manakala  PKR dan DAP hyanya 12 peratus, sekali gus boleh disifatkan kemenangan besar dan berjaya di sebalik kempen menggunakan Demam Adenan.

13178808_241820106177738_79776171468166868_nSeperti dijangka semua parti pembangkang lain, Pas, Amanah, PBDS Baru, Star, dan 35 calon bebas, kecundang. Sekali lagi impian parti Islam, Pas untuk menimang cahaya mata pertama tidak menjadi realiti.

Hal ini membuktikan keyakinan 2.7 juta pengundi Sarawak kepada Adenan yang telah memperkenalkan 53 keputusan dan prinsip.

Kemenangan itu lebih bererti apabila BN merampas  Batu Kawah, Repok, Maradong, Dudong, Piasau, dan memenangi kerusi baharu Batu Kitang.

Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian memenangi kerusi Batu Kawah, manakala mantan presdien parti rakyat Bersatu (UPP) turut menang di sebalik kebimbangan mereka tewas di kerusi berkenaan yang memang dikategorikan hitam dan panas.

Sokongan pengundi luar bandar terhadap BN memang dari asal tidak diragui meski terdapat kebimbangan untuk mempertahankan beberapa kerusi seperti Marudi, Telang Usan, Pakan, dan Ngemah.

Keyakinan penganalisis politik bahawa Ba Kelalan dan Krian tidak akan dapat dirampas BN ternyata menjadi kenyataan walau diasak dari pelbagai penjuru oleh BN.

Kejayaan Adenan menyelesaikan banyak masalah termasuk yang diwarisinya daripada kepemimpinan Tun Abdul Taib Mahmud, melegakan rakyat.  

Sebahagian masalah berkenaan ialah duri dalam daging, dan duri itu satu per satu dicabut oleh Adenan. Kekalahan teruk BN pada 2011 adalah kerana sentimen anti-BN dan anti-Taib yang kuat.

Beliau dianggap sebagai hero rakyat yang mengerti akan aspirasi rakyat, lebih-lebih lagi apabila beliau menuntut autonomi daripada Putrajaya.

Sesungguhnya, pilihan raya kali ini adalah satu testimoni rakyat kepada Adenan, dan pilihan raya Adenan walau peranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berkampung di Sarawak sepanjang kempen, tidak diragui. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru