Saturday, December 3, 2022

62 calon hilang deposit RM325 ribu

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 62 calon yang bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak semalam hilang wang deposit.

Daripada jumlah itu, calon yang hilang pertaruhan daripada Parti Reformasi Negeri (STAR) adalah seramai 10 orang, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 5 orang dan Parti Amanah Negara (Amanah), 9 orang.

Calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah seramai 7 orang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) – 10, Parti Bansa Dayak Sarawak Baharu (PBDS) – 4, dan calon Bebas (17).

Menurut Akta Pilihan Raya, setiap calon yang bertanding perlu mengemukakan wang deposit sebanyak RM5 ribu untuk bertanding, manakala RM3 ribu tambahan sebagai deposit bahan kempen.

Ini bertujuan mengelakkan mana-mana individu menyertai pilihan raya secara tidak serius atau memiliki agenda lain, termasuk untuk tujuan ugutan mahupun mengutip keuntungan.

Deposit RM5 ribu itu bagaimanapun tidak akan dikembalikan jika undian yang diperoleh calon kurang satu per lapan atau 12.5 peratus daripada jumlah mereka yang keluar mengundi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru