Saturday, December 3, 2022

PRN Sarawak: Debaran 226 calon bermula pagi ini

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 226 calon berdebar hari ini apabila nasib mereka ditentukan oleh 1,109,795 pemilih di 80 kerusi.

Sebanyak 1,754 saluran dibuka seawal jam 8 pagi ini dan akan tamat tempoh mengundi secara berperingkat bermula jam 11.30 pagi hingga 5.00 petang.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, keputusan paling awal dijangka diumum sekitar jam 5.30 petang.

Sebanyak 80 calon Barisan Nasional (BN),  Parti Keadilan Rakyat – PKR (40), Parti Tindakan Demokratik – DAP (31), Parti Islam Se-Malaysia – PAS (11), Parti Amanah Negara – Amanah (13), Parti Reformasi Negeri Sarawak – STAR (11) Parti Bansa Dayak Sarawak Baru – PBDSB (5) dan calon Bebas (35) sedangbmenanti keputusan tersebut.

SK Datu Merpati Jepang akan menyaksikan Yang diPertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem menunaikan tanggungjawab mereka.

Calon BN untuk Dun Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg turut memgundi di sekolah yang sama.

Sementara itu, kempen 12 hari yang berlangsung tenang tanpa insiden luar biasa turut menyumbang kepada proses pengundian yang tenang.

Tiada barung parti mahupun peraih undi kelihatan menyaksikan proses demokrasi ini berlangsung dengan aman, tanpa provokasi berbanding tahun-tahun sebelumnya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru