Friday, September 30, 2022

Menteri, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri sepatutnya naiki helikopter hilang, naiki pesawat lain

Secara Rawak

KUCHING: Perdana Menteri mengakui amat bimbang apabila dimaklumkan laporan kehilangan sebuah helikopter dari Betong ke Kuching petang semalam.

Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat berdoa supaya juruterbang dan semua penumpang yang menaiki helikopter seberat 1,174 kg itu selamat.

Screen Shot 2016-05-05 at 10.08.29 PM

Pesawat itu dipandu Kapten Rudolf Rex Ragas.

Najib dijangka mengadakan sidang media di Pejabat Jabatan Penerbangan Awam, di sini, pukul 9.30 pagi ini.

Pesawat berkenaan difahamkan berlepas pukul 4.12 petang dari Betong dan sepatutnya sampai di Kuching pukul lima petang.

Bell 206 Jet Ranger

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, berkata pesawat Eurocopter AS350 Écureuil itu didaftarkan di Filipina dengan nombor pendaftaran RP-C 6828, terputus hubungan tidak lama selepas berlepas dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, Betong.

Laluan pesawat berkenaan selepas Betong sepatutnya ialah Lingga, Sebuyau, dan Kota Samarahan sebelum mendarat di sini.

Lingga dan Sebuyau dibelah oleh Sungai Batang Lupar.

Hubungan dengan menara kawalan terputus dengan lokasi terakhir di Triso, Sebuyau.

Menurut sumber, cuaca ketika kejadian adalah mendung dan hujan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang sepatutnya menaiki pesawat berkenaan berkata, beliau menaiki helikopter lain kerana ditarik Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu untuk menaiki helikopter lain.

Beliau berkata, tidak lama selepas mereka berlepas, hujan lebat turun dan tidak lama kemudian, cuaca kian buruk sehingga menyebabkan helikopter yang dinaiki mengalami gangguan.

Seorang lagi penumpang yang sepatutnya menaiki pesawat terbabit ialah Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Abidin Supardi.

Namun, beliau bertukar tempat dengan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Wan Mohammad Khiril Anuar Wan Ahmad.

Menurut pihak berkuasa, kawasan berkenaan adalah hampir dengan laut dan berpaya.

“Polis sudah pun menghantar satu pasukan Gerakan Am (PGA) ujtuk melakukan siasatan dan sudah berada di sana,” kata Timabaan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahir Hamidi kepada pemberita.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak memberitahu sidang media di sini lewat malam tadi, tumpuan pencarian adalah pada tiga lokasi utama, iaitu Simunjan, Sri Aman dan Betong.

Anggota pencari dan penyelamat telah bergegas ke lokasi terbabit sebaik mendapat laporan kehilangan.

Seorang daripada penumpang, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, 52, memuat naik status terkini dalam laman Facebooknya sebelum berlepas, memohon agar mendoakan mereka selamat mendarat di Betong.

Menggunakan identiti ‘Nur Nin’, Ahli Parlimen Sungai Besar tiga penggal, Selangor itu memuat naik catatan berkenaan ketika masih di Kuching sekitar 11 pagi semalam.

Yang turut menaiki pesawat itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah, 58; Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai, 58; dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dan pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun. – Sarawakvoice.com

MAP HELI_0000 heli hilang

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru