Saturday, December 3, 2022

Ketua Menteri buat rayuan khas melalui surat terbuka di akhbar tempatan

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri menyeru kepada 1.13 juta pengundi dalam pilihan raya ke-11 agar membuat keputusan terbaik pada hari pengundian esok dalam surat rayuan terbuka yang disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan hari ini.

Tan Sri Adenan Satem berkata, keputusan terbaik diperlukan “demi diri anda sendiri, demi keluarga anda, demi komuniti anda dan demi negeri Sarawak yang kita cintai.”

Katanya: “Undi anda esok akan menentukan sejauh mana kita dapat mempertahankan perpaduan yang dinikmati kini serta terus memperkukuhkannya demi generasi akan datang.”

Beliau menambah, undi mereka akan membantu mengekalkan keharmonian yang dihargai dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

Adenan berkata, “Undi anda yang akan membantu Sarawak mencapai lebih banyak kuasa autonomi bagi merealisasikan aspirasi bersama, untuk menjadi rakan kongsi yang lebih bermakna dalam Persekutuan Malaysia, seperti yang diimpikan oleh pemimpin-pemimpin negara kita pada 1963.”

Bagi Adenan, mempertahankan perpaduan, memelihara keharmonian, mencapai lebih banyak kuasa autonomi dan memastikan kemakmuran Sarawak adalah tanggungjawab Barisan Nasional (BN), yang terus dilaksanakan dan ditegakkan sehingga ke hari ini.

Pengerusi BN berkata,TeamAdenan sentiasa komited meneruskan perjuangan demi kesejahteraan Sarawak.

surat adenan 2“Berilah kami peluang berjuang untuk anda, demi membina Sarawak yang lebih sejahtera untuk kita semua,” akhiri surat terbuka itu yang disiarkan sebagai iklan khas muka depan di akhbar Borneo Post dan Utusan Borneo.

Jumlah edaran kedua-dua akhbar itu difahamkan sekitar 110,00 naskhah sehari.

Sebanyak 80 kerusi bakal ditandingi esok, dengan 226 calon bakal bersaing sengit di sesetengah kawasan.

Dua kerusi, Bukit Sari dan Bukit Kota dimenangi BN pada hari penamaan calon 25 April lalu.

Namun, BN dijangka dapat meraih dua per tiga kerusi bagi membolehkannya meneruskan pemerintahan. – Sarawakvoice.com

surat adenan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru