Friday, September 30, 2022

Helikopter hilang: Gerakan SAR besar-besaran bermula jam 6 pagi ini

Secara Rawak

KUCHING: Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang dan empat penumpang terputus hubungan dengan menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching petang semalam, sebelum dilaporkan hilang oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Mohd Sabtu Osman dalam sidang media khas jam 11.30 malam tadi memaklumkan, pesawat jenis Eurocopter AS350 Écureuil itu terputus hubungan sekitar jam 4.32 petang, dengan lokasi terakhir dilaporkan adalah di sekitar Kampung Triso, Sebuyau.

MAP HELI_0000

Manifest penumpang yang diperoleh menunjukkan antara penumpang pesawat  milik Sabah Air yang disewa khas oleh Hornbill Skyways itu termasuklah Timbalan Menteri Perusahaan  Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Turut serta dalam penerbangan itu termasuklah suami Noriah, Asmuni Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

heli hilang

Difahamkan mereka dalam penerbangan pulang dari bandar raya ini selepas menghadiri program rasmi sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) di Spaoh, Betong.

Turut hilang ialah pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Sabtu berkata, pasukan SAR bersepadu akan digerakkan 6 pagi esok (hari ini) melibatkan pelbagai agensi keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

“Malah satu platun PGA, 30 anggota bomba dan 30 anggota JPAM telah diatur gerak ke lokasi,” katanya.

Mengenai viral yang mengatakan helikopter terbabit sudah ditemui dan mendarat cemas, Sabtu mengegaskan maklumat itu tidak benar.

bernama heli

Berdasarkan maklumat awal katanya, pesawat berkenaan, yang didaftarkan di Filipina menggunakan nombor pendaftaran RP-C 6828, berlepas dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh, Betong jam 4.15 petang dan seharusnya tiba di hangar Hornbill Skyways jam 5 petang.

“Kita dimaklumkan pesawat terbabit berlepas dalam cuaca hujan dan sehingga jam 12 tengah malam ini, kita belum menerima apa-apa maklumat yang menunjukkan pesawat itu mendarat di mana-mana lokasi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui media malam tadi memberitahu gerakan SAR telah dikerah bagi mengesan kedudukan terakhir pesawat terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan mengadakan sidang media beliau di Ibu pejabat DCA Sarawak, LTAK berhubung kehilangan pesawat berkenaan pada jam 9.30 pagi ini.

Melalui laman Twitternya beliau menyatakan perasaan bimbangnya mengenai laporan kehilangan pesawat berkenaan, malah turut mengarahkan semua agensi berkaitan melaksanakan segera operasi mengesan helikopter itu.

Screen Shot 2016-05-05 at 10.08.29 PM
“Operasi SAR juga sudah diaktifkan sejurus maklumat diterima dan kesemua agensi berkaitan kini berada di lokasi kejadian. Kita sama-sama doakan kesemua penumpang dan juruterbang dalam pesawat itu selamat,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru