Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

Beberapa wartawan   media arus perdana dan media alternatif menghubungi  penulis yang bertanya khusus  yang menyatakan  tidak ramai  orang  datang  keceramah pembangkang pada pilihan raya negeri ke-11 ini. Hal ini kerana  jumlah ini merosot berbanding pada pilihan raya  lima tahun lalu. Di sini terdapat  beberapa aspek penting penulis nyatakan kepada mereka yang mendorong kepada sambutan  tersebut.

Pertama,  pembangkang menggunakan  strategi media sosial secara lebih berganda khususnya facebook,  short message service (SMS), whatsapp, telegram youtube, malah DAP online untuk menyampaikan dan menyebarkan bahan kempen dan propaganda politik mereka.   Penggunaan media ini lebih berkesan, menjimatkan masa dan tenaga serta memberikan impak yang lebih meluas terhadap khalayak pengundi yang lebih meluas.

Kedua, jumlah kedatangan  yang tidak ramai  datang ke ceramah-ceramah tersebut disebabkan kurang tarikan dari segi penceramah. Menurut beberapa  informan yang ditemui,  kebanyakan tokoh penting pembangkang  telah dihalang memasuki Sarawak sesuai dengan akta imgrisen negeri Sarawak.  Orang ramai  ingin melihat penceramah idola mereka, namun penceramah yang sama menyampaikan ceramah politik. Ini sudah tentu membosankan mereka.

Strategi DAP umpama mengharungi lautan dengan mengelirukan langit dalam strategi perang Sun Tzu. Mereka licik dalam soal strategi.

Lagipun penasihat dan pemikir politik mereka memainkan peranan penting dalam menentukan catur pergerakan secara lebih efisien. Mereka profesional dalam soal ini dan tidak memcampuradukkan soal politik dan bisnes khususnya dalam misi meraih dan meningkatkan sokongan pengundi.

Antara strategi yang mungkin dipertimbangkan  dalam gerakan kempen ini ialah menggunakan  tempoh yang berbaki 30 jam dengan bergerak dari rumah ke rumah dalam kumpulan kecil sekitar 4 hingga 8 orang.  Dengan cara ini,  ia berkesan  terhadap pengundi kerana bersifat  personal touch.

Meskipun dikatakan jumlah kehadiran yang agak kurang dalam ceremah mereka, namun  ceramah yang dijangka akan berlaku pada malam terakhir atau dua malam sebagai grand finale. Inilah rayuan terakhir yang akan dibuat secara besar-besaran.  

Mereka akan menggunakan segala ilmu retorik politik, pendedahan demi pendedahan dan melakukan gerak laku politik  untuk mendapatkan simpati pengundi.

Baru-baru ini calon Kota Sentosa yang juga pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen mendakwa hampir semua kerusi DAP mungkin akan jatuh di tangan BN Sarawak.  Namun,  ini sebenarnya strategi dan taktik politik untuk meraih undi simpati untuk mendapatkan  undi yang berlipat ganda  daripada etnik pengundi Cina bandaran yang mulai memikirkan mereka selama ini perlu bekerjasama dengan kerajaan.

Selebihnya, sebahagian besar  pengundi sebenarnya sudah  membuat pilihan dan  menunggu masa untuk diterjemahkan  dalam bentuk kertas undi.

Terdapat beberapa kajian menyatakan, pengundi sudah lama membuat keputusan sebelum penamaan calon lagi untuk memilih parti yang patut disokong. Penggunaan poster atau billboard yang besar tidak  mempengaruhi keputusan undi mereka.

Mereka kini  mulai  fokus terhadap beberapa kawasan  yang boleh menang dengan pelbagai strategi dalam  belasan jam berbaki untuk berkempen.  

Dalam konteks ini, BN Sarawak  perlu melakukan strategi yang lebih  licik untuk  menewaskan calon pembangkang. Dengan cara ini, mereka akan dapat menangkis  apa-apa jua isu seterusnya dapat lebih menyakinkan pengundi.  

Inilah yang cuba dilaksanakan  BN Sarawak bagi menghadapi  kemelut kerusi panas pada pilihan raya Sarawak pada kali ini. – Sarawakvoice.com