Monday, August 8, 2022

Pas optimis mampu raih 4 kerusi — Timbalan Presiden

Secara Rawak

BETONG: Bukan satu tetapi empat kerusi yang ditandingi Pas menunjukkan petanda positif untuk menang, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas prestasi kempen parti itu dalam  Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) kali ini.

Menurutnya, antara kerusi yang diyakini mampu memberikan cabaran termasuklah
Beting Maro, yang berupaya melahirkan anak sulung Pas di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.

“Penumpuan Pas kepada kawasan ini mula dibayangkan beberapa bulan lalu atas beberapa faktor, termasuk isu tempatan di samping permasalahan dalam jentera parti lawan,” katanya.

Calon Pas, Hamidah Mokhtar, 26, akan menentang calon BN Dun Beting Maro, Razaili Gapor dan calon Parti Amanah Negara (PAN), Andre Zulkarnaen Hamden pada 7 Mei ini.

Tuan Ibrahim berkata, jika menang di kerusi ini, pihaknya akan memberikan penumpuan kepada banyak isu tempatan selain berperanan sebagai penyemak dan pengimbang pelbagai keputusan kerajaan.

Dun Beting Maro mempunyai 10,582 pemilih berdaftar dengan 90 peratus daripadanya terdiri daripada kaum Melayu Melanau.

Razaili menang pada PRN lalu dengan majoriti undi sebanyak 391 undi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru