Sunday, August 14, 2022

BERITA TERGEMPAR: Helikopter bawa Datuk Noriah Kasnon hilang

Secara Rawak

KUCHING: Helikopter yang dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dilaporkan hilang siang tadi.

37dff4f8-6938-4e94-8807-cd8cffa8cba7

Helikopter tersebut berlepas dari SMK Spaoh, Saribas petang tadi djadualkan mendarat di tarmac Hornbill Skyways Kuching namun sehingga sehingga berita ini ditulis, ia gagal dikesan.

Difahamkan yang turut terlibat dalam penerbangan itu termasuklah suami Noriah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Berkaitan: Siapa Datuk Noriah Kasnon?

Mangsa dikatakan terlibat dalam kempen bagi membantu menteri, Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Juruterbang memaklumkan menara kawalan lokasi mereka berada di sekitar kawasan Triso, Sebuyau sebelum terputus hubungan.

Berkaitan: Menteri, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri sepatutnya naiki helikopter hilang, naiki pesawat lain

MAP HELI_0000

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Seri Azharudidin Abdul
Rahman di Kuala Lumpur mengesahkan kejadian tersebut.

Difahamkan pihak polis dan Jabatan Penerbangan Awam akan mengadakan mesyuarat khas jam 11.30 malam tadi.

Berkaitan:  Helikopter hilang: Gerakan SAR besar-besaran bermula jam 6 pagi ini

Katanya gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan untuk mengesan helikopter tersebut di kawasan Triso.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini berada di Kuching untuk program kempen pilihan raya negeri Sarawak yang berlangsung lusa. – Sarawakvoice.com

TERKINI: Pengesahan penemuan di kawasan berhampiran Sebuyau d Sungai Batang Lupar

hisyamuddin heli

bernama heli

Full list yang hilang dalam helikopter berlepas jam 5pm

1. YB Dato’ Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC
2. Tuan Asmuni bin Abdullah( suami TM)
3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai , KSU MPIC,
4. Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Pengerusi MPOB/ AP Kuala Kangsar,
5. Ahmad Sobri bin Harun ( pengawal peribadi)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru