Saturday, December 3, 2022

Kekalkan kuasa politik BN untuk membela nasib Bumiputera – Najib

Secara Rawak

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam mengingatkan masyarakat Bumiputera di Sarawak agar terus kekal bersama-sama Barisan Nasional jika mahu nasib mereka terus dibela.

Menurutnya, hanya dengan kuasa politik, kerajaan dapat membantu mereka mengubah nasib dan memastikan prmbangunan dapat dilaksanakan di kawasan Bumiputera, seperti yang dirancangkan.

“Jika kuasa politik ini dikembalikan pada 7 Mei nanti, Lebuh Raya Pan Borneo pasti siap, Hikmah Exchange pasti siap dan projek-projek yang dirancangkan akan dapat dilaksanakan. Sarawak maju. Dan Sabah maju bersama,” katanya ketika melancarkan Ptojek Hikmah Exchange di tapak bekas Binamara, Jalan Haji Taha dekat sini petang semalam.

Projek yang dimiliki Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak itu bakal dimajukan oleh Permodalan Satok Berhad.

Ia merupakan projek pembangunan di atas sebidang tanah strategik seluas 3.6 ekar dan dijangka menjadi nadi ekonomi baharu di kawasan Satok.

Hikmah Exchange terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu menara pejabat, pusat konvensyen dan ruang komersial.

Dibina dengan dua blok bangunan pejabat setinggi 13 tingkat, ia akan mempunyai 43 ribu ruang pejabat, yang dilengkapi kemudahan 10 tingkat ruang parkir yang mempu memuatkan 1,200 kenderaan serta 12 buah lif.

Hikmah Exchange menurut Najib, adalah permulaan kepada usaha membolehkan lebih ramai Bumiputera di negeri ini memiliki hartanah di kawasan strategik, terutama di kawasan pusat bandar seperti Satok.

“Usaha sedemikian sememangnya menjadi aspirasi berterusan BN bagi memastikan hak pemilikan ekonomi diagihkan secara adil dan saksama kepada seluruh rakyat di negeri ini,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru