Saturday, September 24, 2022

Calon PKR sedia kempen  bantu calon BN

Secara Rawak

SIBU: Calon Parti  Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Nangka, Abdul Rafiidin Majidi berkata, beliau akan membantu berkempen untuk calon Barisan Nasional, Dr Annuar Rapaee sekiranya Annuar berani menandatangani perjanjian dengannya untuk mempertahankan Kampung Datuk.

Hal ini berikutan, penduduk di Kampung Datuk yang menjadi mangsa kebakaran besar pada 2013 akan dipindahkan ke kawasan lain, iaitu Kemuyang, Rantau Panjang dan Kampung Datuk Baru.

13112830_710533585716587_2428094152506382534_o

Rafiidin, seorang peguam berkata dalam sesi ceramahnya bahawa beliau tidak mahu Kampung Datuk, perkampungan Melayu di di sini hanya tinggal nama  dalam lipatan sejarah seperti perkampungan Melayu yang sebelumnya,  iaitu Kampung Pulo dan Kampung Nyabor.

Hal ini kerana, wujud ura-ura yang menyatakan tapak di Kampung Datuk akan dimajukan dan diubah menjadi tebingan sungai.

Rafiidin juga membidas Dr Annuar yang tidak mahu memberitahu jumlah kutipan derma untuk penduduk di kampung hilir yang terlibat dalam kebakaran itu. Rafiidin berpendapat, jumlah tersebut sepatutnya diberitahu kepada mangsa kerana jumlah kutipan derma itu sepatutnya disalurkan kepada pihak yang sepatutnya menerima.

Turut hadir dalam sesi kempen tersebut iaitu Presiden PKR , Datin Seri Wan Azizah, Ketua Angkatan Muda Keadilan  Nik Nazmi Faris Musa dan Ahli AMK Sarawak. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru