Sunday, September 25, 2022

Perang poster meriahkan suasana 4 kerusi di Sibu, di sebalik teka-teki sikap pengundi Cina

Secara Rawak

SIBU: Perang poster sememangnya menjadi kelaziman sewaktu pilihan raya. Di Sibu, perang poster melibatkan  kesemua Dewan Undangan Negeri.

Namun, pada pilihan raya kali ini, perang poster dilihat banyak berada di dalam kawasan Dun Pelawan, Dun Nangka dan Dun Bukit Assek.

Poster, kain rentang dan papan iklan yang dipasang di sepanjang jalan  dan di lokasi strategik, termasuk di kampung-kampung dan rumah panjang, menghiasi dan memeriahkan suasana sehingga kedapatan seperti pesta.

Manakala, poster calon di Dun Bawang Assan dan Dun Dudong  kurang dilihat semasa permulaan kempen.

Kedua-dua Dun yang ditandingi calon langsung, iaitu Datuk Seri Wong Soon Koh dan Datuk Tiong Thai King  didapati mempunyai agenda dan mesej tersendiri dalam menyampaikan manifesto mereka kepada pengundi.

Calon-calon  bagi Dun Bawang Assan dan Dun Dudong dilihat menggunakan  pendekatan walkabout, sementara calon bagi Dun Bukit Assek  menggunakan kesemua cara, iaitu ceramah, poster dan walkabout dalam menyampaikan mesej.

Calon yang bertanding di Dun  Pelawan memfokuskan kawasan majoriti Cina dalam menagih undi mereka, khususnya calon BN. Dun Pelawan didominasi kaum Cina sebanyak 90 peratus.

 

Calon BN dilihat berusaha dalam merampas semula kerusi Dun  Pelawan daripada DAP.

Datuk Janet Lau berkata kepada pengundi-pengundi di Dun Pelawan supaya mengundi beliau bagi membolehkan beliau meneruskan tugas suaminya, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, bekas Ahli Parlimen Sibu dan bekas Timbalan  Menteri  Pengangkutan.

Calon BN di Dun Nangka pula, Dr Annuar Rapaee telah melancarkan perang poster terhadap lawannya iaitu Abdul Rafiidin Majidi (PKR) selepas penamaan calon 25 April.  Poster-poster daripada kedua-dua calon dan parti diwakili mereka menakluki hampir kesemua kawasan di Sibu.

Dun  Nangka pasti dimenangi BN dan Bukit Assek dimenangi DAP, persoalan besar, siapakah bakal calon dan dari parti mana akan disokong pengundi Cina di Bawang Assan, Dudong dan Pelawan? – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru