Saturday, May 21, 2022

Dua remaja maut, mayat seorang ditemui dekat perkuburan di Saratok dengan kesan cedera di kepala

Secara Rawak

KABONG: Sambutan Hari Pekerja 1 Mei dan tempoh seminggu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11, 7 Mei ini, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Kabong dan Dun  N.38 Kalaka menyaksikan dua insiden remaja lelaki maut hari ini.

kes seratokDi Dun N.40 Kabong, seorang remaja lelaki maut setelah terlibat dalam kemalangan motosikal di kawasan Kampung Nyabor.

Mangsa yang menunggang motosikal mengalami kemalangan kendiri dan mengalami kecederaan di kepala.

Mangsa yang pengsan ditemui pengguna jalan raya yang terus membawa mangsa ke hospital Saratok.

Mangsa bagaimanapun, gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia selepas beberapa waktu berada di hospital tersebut.

Mangsa yang berasal dari Kampung Sessang berusia 19 tahun dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Manakala dalam satu lagi insiden di Saratok, seorang remaja lelaki berbangsa Cina berusia 19 tahun ditemui tidak bernyawa di kawasan tidak jauh dari tanah perkuburan Cina.

Kira-kira jam 3 pagi motosikal mangsa ditemui di tepi jalan bersama sebuah beg bimbit.Namun mangsa tidak berada di tempat kejadian.

kes seratok 2Dua lelaki yang terjumpa motosikal yang rebah ditepi jalan bersama beg bimbit bertindak membuat laporan polis.

Pihak polis yang ke tempat kejadian menemui mayat mangsa di tepi jalan tidak jauh dari motosikal ditemui.

Mangsa sebelum itu dikatakan mengadakan sambutan hari jadi bersama rakan-rakan di sebuah pusat hiburan.

Mayat mangsa yang berbaju hitam dan terdapat kesan kecederaan di kepala dibawa ke hospital Saratok untuk bedah siasat. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru