Monday, August 8, 2022

Jangan sabotaj BN bila calon harapan tidak dipilih — Najib

Secara Rawak

MARUDI: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mahu sifat negatif segelintir penyokong BN, terutama penyokong tegar calon yang tidak dipilih dan diganti dengan calon baru agar lebih matang apabila berpolitik.

Beliau berkata, usahlah terlalu memikirkan calon pilihan mereka yang tidak dipilih bertanding, hingga menyebabkan mereka cenderung melakukan sabotaj dan memihak parti pembangkang.

“Jika calon kita tidak bertanding, kita harus sokong calon baru BN lain.

“Kita mesti sokong sesiapa yang dipilih BN. Itu namanya orang yang setia kepada BN.

Katanya, apabila memakai baju BN, hati pun mesti BN.

“Jangan pakai baju sahaja tetapi hati lain-lain. Baju dan hati mesti sama,” tegasnya ketia berucap di rumah panjang Penghulu Petrick, Long Jegan, dekat sini semalam.

Beliau merujuk ketegangan yang wujud sebelum ini di antara penyokong Datuk Sylvester Entri Muran dan calon baharu Datu Dr Penggung Manggil ketika berebut menjadi calon BN.

Najib berkata, penyokong BN seharusnya bersatu bergabung untuk mencipta kemenangan bagi calon BN yang dipilih di kerusi itu. – Sarawakvoice.com

13087713_10153482671945952_7743219281511701843_n

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru