Sunday, August 14, 2022

Isu negeri bapak: Abang Jo selar Azmin, cabar Azmin berlawan sebelum berhajat menentang Adenan

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg malam tadi mencabar Timbalan Presiden PKR , Datuk Seri Azmin Ali untuk berlawan dengannya dahulu, sebelum berhajat menentang keputusan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengehadkan tempohnya berada di Bumi Kenyalang.

“Sik boh challenge Denan, challenge saya dolok mun berani katanya,” yang mengulas kenyataan biadap Menteri Besar Selangor di Siburan semalam yang mendakwa Sarawak bukan milik bapa Adenan, hingga membolehkannya berbuat sesuka hati.

“Saya mauk madah dengan Azmin, negeri tok nang Haji Satem yang pun,” katanya di Kampung Bandarshah malam tadi. Kampung Bandarshah merupakan kampung kelahiran Adenan dan Abang Johari.

Tindakan Adenan kata Abang Johari, adalah kerana tanggungjawabnya memelihara keharmonian negeri ini daripada diganggu gugat oleh pemimpin politik dari Semenanjung.

Semalam Azmin dan Ketua Menteri Pulau Pinang diberi kebenaran sehingga 2 Mei ini untuk berada dan berkempen di Sarawak, setelah mereka membuat permohonan khas kepada Adenan, berikutan arahan larangan masuk.

Bagaimanapun Azmin semalam berkata, beliau tidak akan memohon untuk lanjutan tempoh tinggal dan Adenan boleh memburunya selepas ini.

“Sarawak adalah milik rakyat Sarawak. Kenapa tidak buru mereka yang mengamalkan rasuah, pembalak haram, pembunuh,” katanya di hadapan 100 penyokong ketika berkempen untuk Willie Mongin, calon PKR untuk Dun Mambong.

Abang Johari berkata, dia kesal akan kenyataan Azmin tersebut kerana ia bukanlah sesuatu yang diungkapkan oleh seseorang yang bertamadun, matang dan berpelajaran,  apatah lagi seorang yang berstatus Menteri Besar.

“Ia umpama kita menjaga rumah. Ia hak kita untuk membenar orang keluar atau masuk. Takkanlah kita hendak benarkan orang luar masuk memporakperandakan rumah kita. Mengganggu anak bini kita,” tegasnya.

Terdahulu, pada sebelah petangnya ketika merasmikan Hotel Samudera dekat sini, Abang Johari melahirkan keyakinan bahawa BN Sarawak akan menang sekitar 68 ke 72 kerusi, berdasarkan maklumat risikan terbaharu.

abang johari samudera

Katanya, kempen seluruh Pasukan Adenan berjalan dengan baik dan lancar, kecuali beberapa kawasan yang masih perlu diasah tajam.

“Tetapi secara keseluruhannya kita berpuas hati dan yakin beberapa kawasan kelabu akan dapat diputihkan.”

Abang Johari turut berpuas hati dengan prestasi muka-muka baharu yang disifatkannya berupaya menangani perbezaan sebelum ini, terutama di kerusi yang diramal “panas” sebelum ini seperti Dun Marudi dan Dun Tasik Biru. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru