Tuesday, August 16, 2022

Zahid gesa Cina kembalikan undi kepada BN untuk lebih diwakili

Secara Rawak

MIRI: Masyarakat Cina di Sarawak perlu mengembalikan undi mereka kepada BN jika tidak mahu kaum tersebut terus ketinggalan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, ini kerana Kerajaan BN telah melaksanakan banyak perkara, dan yang lebih penting, adil kepada semua, termasuk kepada komuniti Cina yang sebelum ini tidak memihak kepada mereka.

“Justeru itu, apabila mereka memangkah pasukan Adenan pada 7 Mei nanti, saya yakin mereka akan lebih diwakili dalam pentadbiran negeri ini selepas ini, dan tidak akan diabaikan.

Beliau berkata demikian pada walkabout di pasar malam Saberkas dekat sini, malam tadi. Turut hadir calon langsung BN untuk Dun Pujut, Datuk Hii King Chiong, Datuk Lee Kim Shin (Dun Senadin), Datuk Sebastian Ting (Dun Piasau) dan Ripin Lamat (Dun Lambir).

Ahmad Zahid berkata, Tok Nan merupakan pemimpin yang berkebolehan dan dalam konteks pilihan raya ini, dapat membentuk satu pasukan yang bukan sahaja pelbagai latar belakang, malah kuat,” katanya lagi.

Pada walkabout tersebut Zahid turut meluluskan RM200 ribu untuk menaik taraf gerai penjaja di kawasan tersebut selain menyumbang RM500 ribu setiap satu untuk tiga buah sekolah.

Timbalan Perdana Menteri malam tadi turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemimpin BN bukanlah secara musiman, seperti pembangkang.

“Kami tidak hanya datang apabila pilihan raya sudah dekat, saya memberi jaminan kepada anda.

“Perdana Menteri sendiri melawat negeri ini 53 kali setelah dua penggal memerintah dan ini pasti menyakinkan anda semua bahawa hatinya adalah bersama-sama rakyat Sarawak, ” tambahnya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru