Friday, September 30, 2022

Ketua Menteri Sarawak perlekeh dua orang Ketua Menteri

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem boleh lakukan apa-apa sahaja dan memberi apa-apa sahaja alasan untuk menyekat pemimpin pembangkang dari Semenanjung untuk berkempen di Sarawak.

Beliau boleh sekat 1,000 orang kalau dia mahu, tetapi untuk menyekat dua orang ketua kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang, dianggap agak melampau, malah memperlekeh mereka.

Pengerusi Chong Chieng Jen dipetik sebagai berkata, adalah sesuatu  penghinaan bagi kedua-dua pemimpin  negeri berkenaan untuk mengemukakan permohonan.

Adakah kedua-dua ketua menteri berkenaan mengganggu keharmonian hubungan etnik di Sarawak?

Datuk Seri Azmin Ali dan Lim Guan Eng  tidak dibenarkan untuk berada di Sarawak sehingga 7 Mei.

Persoalan yang bangkit dalam kepala orang ramai apakah justifikasi mereka dibenarkan sehingga tarikh tertentu, dan tidak boleh selepas tarikh berkenaan?

Bagi rakyat, kalaupun hendak buat sekatan perlu berasaskan justifikasi kukuh, bukan melakukannya sewenang-wenangnya kononnya mereka boleh mengganggu keadaan perpaduan etnik dan agama di negeri ini, sedangkan mereka bukan fanatik, ekstremis atau   pentaksub.

Sarawak memang mempunyai autonomi dari segi imigresen, tetapi menggunakan kuasa berkenaan sewenang-wenangnya, tentu banyak menimbulkan persoalan.

Tidak hairanlah, ketika berjumpa dengan pengundi di Siburan, di bawah kawasan Mambong, kerusi yang DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertembung, Azmin berkata, tidak ada sebab untuk beliau mengemukakan permohonan lanjutan tempoh berada di Sarawak.

“Mengarut, saya tidak akan mengemukakan permohonan,” kata Timbalan Presiden PKR itu.

Pihak imigresen  hanya membenarkan beliau berada di Sarawak  sehingga 2 Mei.

Semalam, Adenan  dalam satu kenyataan berkata, Azmin dan Lim boleh mengemukakan permohonan jika mahu melanjutkan tempoh berada di Sarawak.

Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor, turut memaparkan perkara itu di akaun Facebooknya semalam, dengan memuat naik sekeping gambar nota pemberitahuan itu, sambil mempersoalkan arahan siapa berkuasa di sebalik Imigresen Sarawak.

Dalam posting berasingan, Azmin berkata, walaupun tempoh beliau di Sarawak disingkatkan, namun ia tidak menghalangnya memahami suara hati pengundi dan berkongsi visi parti pembangkang itu untuk perubahan.

Lim, setiausaha agung DAP, hanya dibenarkan berada di Sarawak sehingga 5 Mei, dua hari sebelum hari pengundian.

Sarawak yang mempunyai kuasa khas di bawah Akta Imigresen lazimnya memberikan permit 90 hari bagi pelawat dari Semenanjunjg.

Sehingga kini sukar difahami apa yang menggerakkan Adenan mengambil tindakan sedemikian ketika populariti beliau berada di paras tinggi, dan Barisan Nasional pasti menang dua per tiga daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Bagi pemerhati politik, sebabnya hanya berpaksikan satu: menyekat pemimpin hebat DAP dan PKR daripada berkempen, sehingga boleh menjejaskan peluang BN menang di kerusi tertentu, dan akhirnya menyebabkan populariti beliau menjadi tidak bermakna.

Cabaran utama beliau bukan memenangi dua per tiga, tetapi merampas balik kerusi daripada DAP, dan meningkatkan undi popular, terutama dalam kalangan pengundi Cina yang merudum dari 49 peratus pada 2011 kepada hanya 37 peratus pada pilihan raya 2013.

Bagi memastikan perkara ini menjadi kenyataan, Adenan telah mengemukakan lima calon taikun untuk menentang DAP, serta mendapatkan kerjasama syarikat gergasi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru