Monday, December 5, 2022

Van tenggelam di dalam tanah akibat tanah runtuh di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan berlaku runtuhan tanah di Rumah Panjang Banyang Batu 8 1/2, Jalan Lama Bintulu-Miri, di sini, pagi tadi.

Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.30 pagi tadi dari seorang penghuni rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di Hata Gobel berkata, sembilan anggota bersama satu jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi mendapati berlaku runtuhan tanah di bahagian belakang rumah, kira-kira dua meter dari dinding rumah.

“Bagaimanapun, runtuhan itu tidak menjejaskan struktur rumah.

“Pihak bomba hanya membuat pemantauan dan menasihatkan agar penghuni berpindah ke tempat yang lebih selamat namun mereka tidak mahu berpindah dan memohon agar pihak yang bertanggungjawab membantu menyelesaikan runtuhan tersebut,” katanya.

Pihak bomba telah memaklumkan perkara ini kepada Bintulu Development Authority (BDA), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Residen.

Katanya, tiada kemalangan dilaporkan cuma ada beberapa kenderaan terbabit dalam runtuhan tanah itu. – Sarawakvoice.com

van tanah runtuh_0000 van tanah runtuh_0002 van tanah runtuh_0003 van tanah runtuh_0001

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru