Turun padang selesai masalah, Rohani Karim hadapi detik cemas dalam helikopter ketika berkempen

0
87

BALINGIAN: Program turun padang Pemimpin Bersama Rakyat merupakan kaedah terbaik untuk mendengar keluh-kesah  masyarakat seterusnya mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Kesempatan ini walau dalam kumpulan yang kecil mampu menjadi platform kepada rakyat setempat untuk berjumpa dengan pemimpin dan mengajukan perkara yang menjadi kesulitan kepada mereka, terutamanya kepada rakyat di luar bandar.

“Oleh itu, menjadi amalan barisan pemimpin BN untuk turun padang dan mendekati rakyat sepanjang masa, bukan hanya semasa berkempen pilihan raya.

“Malah ia menjadi amalan dalam mana-mana program yang saya sertai supaya rakyat dekat di hati kita”, ujar Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rohani berkata, sebagai pemimpin BN, beliau sendiri mengambil perhatian dan mengemukakan cadangan serta tindakan segera terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh masyarakat setempat.

rohani

“Ini termasuk bantuan kebajikan, program pemerkasaan wanita dan keluarga dan dasar-dasar kerajaan yang perlu dijelaskan agar tidak mendatangkan kekeliruan di peringkat akar umbi.

Rohani turut menyertai Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Igan Tengah bersama-sama calon BN di Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya dan di Kampung Lintang Baru bersama-sama calon BN Balingian Abdul Yakup Arbi.

Ahli Parlimen Batang Lupar itu turut meninjau bilik gerakan BN di Mukah bersama calon BN57 Tellian, Yussibnosh Balo.

Sementara itu, Rohani berdepan detik getir dalam perjalanannya ke Mukah siang tadi apabila pintu helikoper yang dinaikinya tiba-tiba terbuka ketika berada di udara.

“Berikutan kejadian itu, Setiausaha Sulit saya, Reza Rizvi terpaksa menahan pintu terbabit untuk lebih 10 minit, kerana saya tidak mahu juruterbang melakukan pendaratan cemas.

Ini merupakan pengalaman kedua Rohani berhadapan keadaan sedemikian, selepas pengalaman serupa bersama Datuk Paduka Empiang Jabu, isteri Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang. – Sarawakvoice.com

rohani 3