Sunday, September 25, 2022

Kerajaan gigih perkasakan liputan internet di bandar: Salleh Keruak

Secara Rawak

KANOWIT: Kerajaan komited untuk memastikan kawasan luar bandar di negeri ini menerima perkhidmatan liputan dan kemudahan internet yang lebih baik seperti di bandar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd. Salleh Said Keruak berkata, ini dibuktikan dengan kelulusan peruntukan sebanyak RM290 juta untuk menara telekomunikasi bagi negeri ini.

“Komitmen kerajaan persekutuan ini terjalin hasil kerjasama yang baik dengan kerajaan negeri,” katanya pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Tokong Fung Ching Kung, Pedai dekat sini petang semalam.

Jelas Salleh, kesepakatan ini harus dikekalkan agar kerajaan dapat menumpukan usaha membangunkan negara.

salleh keruak

“Kerajaan pada hari ini merupakan kerajaan yang sentiasa membantu rakyat dan menjadikan politik pembangunan sebagai teras membangunkan rakyat di negeri ini.

Komponen Barisan Nasional katanya, bukan seperti pihak pembangkang yang asyik bergaduh.

“Sarawak sudah menunjukkan perpaduan yang baik tanpa mengira bangsa dan agama, dan setiap pembangunan  dilaksanakan secara adil untuk semua rakyat di negeri ini.

“Kita sedia maklum bahawa kerajaan yang memerintah pada hari ini merupakan kerajaan yang sentiasa mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat dan dengan undian yang betul, segala usaha pembangunan yang dirancang dapat diteruskan,” jelasnya.

Seramai 60 penduduk dari kawasan Pedai menerima sumbangan pada majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu.

Sumbangan berupa barang-barang keperluan harian serta wang tunai selain kerusi roda.

Calon Barisan Nasional N.49 Ngemah, Alexander Vincent serta isteri, Susan Clement turut hadir. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru