Friday, September 30, 2022

Adenan bayangkan jawatan Timbalan Ketua Menteri kepada Dr. Sim jika Cina sokong BN

Secara Rawak

KUCHING: Habuan besar akan menanti masyarakat Cina di Sarawak apabila mereka memilih BN pada 7 Mei ini, kata Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak.

Dalam Majlis Ketua Menteri Bersama Pengamal Media yang ketiga malam tadi, Adenan berkata, beliau akan menpertimbangkan jawatan Timbalan Ketua Menteri untuk komuniti itu, terutamanya kepada wakil SUPP, selain lebih banyak jawatan kabinet.

Sebelum Dun Sarawak dibubarkan 18 Mac lalu, suara masyarakat Cina dalam kabinet Sarawak diwakili oleh Datuk Seri Wong Soon Koh sebagai menteri penuh serta Datuk Lee Kim Shin sebagai menteri muda. Turut dilantik menteri dalam kalangan SUPP ketika itu ialah Datuk Francis Harden Hollis dan Datuk Dr. Jerip Susil — kedua-duanya sebagai Menteri Muda.

“Kita sedia pertimbang beberapa jawatanlah… tapi masyarakat Cina mesti beri kemenangan dulu kepada SUPP.

“Kalau kamu (masyarakat Cina) mahu wakil SUPP ada dalam Kabinet, kena sokonglah..kalau tidak mahu, kamu sokonglah DAP,” katanya.

Menurut sumber dalaman parti, Adenan pernah membayangkan untuk mewujudkan kembali beberapa jawatan Timbalan Ketua Menteri bagi membantu beliau menggerakkan jentera pentadbiran negeri.

” Jawatan ini bukan mewakili masyarakat Dayak dan Cina sahaja malah turut mewakili masyarakat Melayu.

” Maksudnya jawatan ini terbuka kepada tiga pemimpin kanan selepas beliau.

Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak bakal kosong selepas PRN11 berikutan persaraan Tan Sri Alfred Jabu daripada politik selepas bergelumang sejak tahun 1978.

Jabu tidak mempertahankan kerusi Dun Layar yang diwakilinya sebelum ini, sebaliknya menyerahkan kepada anaknya, Gerald Rentap Jabu untuk bertanding di kerusi tersebut. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru