Sunday, September 25, 2022

Rancangan bangunkan semula klinik, Pasar Tani di Mambong

Secara Rawak

KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mendapatkan dana untuk membangunkan semula sebuah klinik komuniti dan pasar tani di Mambong.

dr sim najibPerdana menteri berkata ini susulan permintaan yang dikemukakan kepada beliau ketika mengadakan pertemuan dengan masyarakat Bidayuh di Kampung Sungai Duuh yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Beliau berkata demikian pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Orang Ramai kampung berkenaan, dekat sini, hari ini.

Najib berkata masyarakat Bidayuh hidup harmoni bersama kaum lain dan ini membuktikan dasar-dasar Barisan Nasional (BN) mengenai perpaduan pelbagai kaum telah berjaya.

“Walaupun Bidayuh adalah kumpulan etnik minoriti tetapi mereka mendapat tempat di negara ini dengan seorang dilantik sebagai menteri, dua timbalan menteri dan enam Anggota DUN (ADUN) Sarawak,” katanya.

Secara kebetulan, Najib berkata lawatannya ke kawasan itu adalah bersempena ulang tahun kelahiran calon BN kerusi itu, Datuk Dr. Jerip Susil.

Dr. Jerip berdepan dengan calon DAP, Sanjan Daik dan PKR, Willie Mongin dalam pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, 7 Mei ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru