Monday, November 28, 2022

Poster SUPP  disimbah cat,  bayangan persaingan sengit

Secara Rawak

KUCHING: Ketika perang poster semakin agresif dan panas, dengan papan iklan, kain rentang dan bendera menghiasi lokasi strategik termasuk sepanjang jalan utama dan bulatan di bandar Kuching, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), terkejut apabila mendapati poster dan papan iklan calonnya dirosakkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Kawasan Batu Kawah sebagai kerusi panas dan hitam yang diwakili Presiden  SUPP Datuk Dr. Sim Kui Hian, didapati  meriah dengan pelbagai papan iklan dan poster calon.

Dua daripada papan iklan dirosakkan, dengan satu daripadanya dicarik dan dibakar, sementara satu lagi disimbah dengan cat.

“Ini merupakan contoh politik yang menggalakkan kebencian dan ketakutan seperti dilakukan oleh pihak lawan. Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu, dan amat kecewa pihak berkenaan menggunakan cara ganas dan taktik tidak bertamadun,” kata Dr. Sim dalam satu kenyataan.

poster supp rosak_0000

Konflik dan pergelutan antara SUPP dengan UPP melimpah hingga ke perang poster. Dengan sabotaj tidak dapat dielakkan, kedua-duanya akan mengalami bahana daripada perbuatan itu.

Akan berlaku, kalah jadi arang, menang jadi abu.

Sebagai langkah  keselamatan terhadap para penyokong, SUPP menjadualkan semula ceramahnya yang sepatutnya diadakan di Bazar Lama Batu Kawah malam tadi kerana calon Bebas  Liu Thian Leong turut mengadakan ceramah di lokasi berdekatan.

Liu keluar dari  Parti Rakyat Bersatu (UPP) kerana kerusi itu tidak diserahkan kepada parti pimpinan Datuk Seri Wong Soon Koh.

“Keselamatan orang ramai lebih diutamakan dan adalah amat tidak bertanggungjawab bagi saya kalau tidak mempedulikan aspek keselamatan,” kata Dr. Sim yang akan menentang calon DAP, Christina Chiew.

Kerusi itu dimenangi Christina pada 2011 dengan majoriti kecil, 543 undi.

Dengan pertandingan tiga penjuru, dijangka kerusi ini akan mengalami kepanasan menjelang hari-hari terakhir kempen pada 6 Mei ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru